F "Saya tak tahu Amar serius" - Amyra Rosli | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Saya tak tahu Amar serius" - Amyra Rosli

Berkongsi mengenai tarikh pertunangan dan hari pernikahan Amyra Rosli dan Amar Baharin pada Isnin lalu, Amyra turut memberitahu dia begitu terharu dengan usaha Amar untuk mencuri hatinya.

“Sebenarnya saya tak tahu Amar serius nak jadikan saya pasangan hidupnya, bagi saya ‘action speaks louder than words’. Antara perkara yang Amar lakukan untuk menunjukkan minatnya terhadap saya ialah dengan cara Amar yang matang dalam menjaga saya dan keluarga.

“Saya sangat suka melihat dengan cara pengurusan hidup Amar, sangat matang, terlebih lagi soal perhubungan. Malah, Amar juga mahu agar saya selalu disampingnya termasuklah dari segi apapun,” ujarnya yang mengakui Amar selesa berkongsi hal peribadi dan kerjanya.

Sementara itu Amar berkata, tiada kriteria yang khusus bagi Amar untuk suri rumahnya.

“Itu semua sudah tertulis, hidayah dari Allah untuk saya dijodohkan dengan Amyra, mungkin pernah rapat dengan orang lain, tapi alhamdulillah Allah dekatkan hati kami, hasil keikhlasan doa kami bersama.

"Saya tidak ada spesifik ciri yang saya nantikan daripada seorang wanita, namun keikhlasan perilaku Amyra dan cinta kami saya merasakan sangat kuat serta dialah orang yang paling istimewa,” jelasnya terperinci.
Powered by Blogger.