F Saya Tak Sentuh Duit Aaisyah - Che Ta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Tak Sentuh Duit Aaisyah - Che Ta

Aktres Rozita Che Wan, 43, tidak menganggap Aaisyah Dhia Rana bekerja di usia muda meskipun anaknya itu kini dilantik sebagai duta rangkaian produk mandian kanak-kanak Mini Me.

Menurut Che Ta, seperti mana ibu bapa lain, beliau tidak memaksa Aaisyah untuk bekerja apatahlagi dalam usianya yang masih terlalu muda namun beliau tidak menolak sekiranya anaknya menerima tawaran kelak.

"Saya tak anggap Aaisyah bekerja, tapi apa yang dia dapat atau ada sekarang adalah rezeki dari Tuhan. Sebagai ibu, tentu sekali saya memantau dan tidak dengan mudah menerima semua tawaran. Tak mahu nanti dia terlalu penat tambahan dia masih kecil lagi.

"Lagipun saya dan suami, kami tidak pernah sentuh langsung duit Aaisyah. Sebaliknya semua duit pendapatan yang diterimanya akan disimpan di dalam akaun simpanan dia untuk masa depan dia juga, "katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikan Aaisyah sebagai duta Mini Me, bertempat di Flora Teracce, pada Selasa.


Aaisyah yang kini berusia setahun tujuh bulan dilantik sbagai duta produk tersebut selama setahun.

Tambah Che Ta, dia bersetuju menerima tawaran produk berkenaan selepas memastikan kualiti produk keluaran jenama itu. Tambahan, Aaisyah tidak perlu memberi komitmen telalu banyak sehingga membebankan.

"Sebagai ibu, tentu sekali saya memantau dan tidak dengan mudah menerima semua tawaran untuknya.

"Untuk produk ini, saya memberi kata setuju selepas mendapati produk ini bebas bahan kimia sebaliknya ia dihasilkan dari bahan organik. Produk ini juga bukan saja boleh digunakan Aaisyah tapi kami sekeluarga pun menggunakannya.

"Selain itu, Aaisyah juga tidak perlu beri komitmen yang banyak, dia cuma perlu membuat beberapa kemunculan sahaja," katanya.

Rangkaian Mini Me yang sudah berada di pasaran Februari lalu dijual dengan harg RM40. Ia terdiri daripada empat produk iaitu Sugar Baby To To Toe Wash Awesome Lotion, Super Safe Mozzy Cream dan Bestie Me.
Powered by Blogger.