F 'Saya tak kesal bunuh adik' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

'Saya tak kesal bunuh adik'

 "Saya memberi adik saya pil untuk mengkhayalkan dia, sebelum saya mencekiknya sampai mati," demikian penjelasan Muhammad Waseem Baloch abang kepada selebriti media sosial Pakistan Qandeel Baloch, ketika menceritakan insiden bagaimana dia  membunuh adiknya Qandeel semalam.

Waseem berkata, tindakan dia membunuh adiknya itu sedikitpun tidak memalit kekesalan kepada dirinya.

"Saya tidak menyesal," kata Waseem petik media tempatan Pakistan.

Semalam,  BBC News melaporkan, Waseem, ditahan di Dareah Ghazi Khan di tengah Pakistan pada malam Sabtu selepas melarikan diri bagi mengelak ditangkap selepas membunuh adiknya.

‎Sementara itu menurut Ketua Polis Multan, Akram Azhar berkata, Waseem akan didakwa membunuh atas tuduhan menjaga maruah dan pihak berkuasa akan berusaha untuk mendapatkan hukuman maksimun ke atasnya.

Ini bermakna dia tidak layak untuk mendapatkan pengampunan keluarganya.

Powered by Blogger.