F Saya Rindukan Privasi Saya - Anis Al Idrus | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Rindukan Privasi Saya - Anis Al Idrus

Penyanyi dan pelakon cantik, Anis Al-Idrus, 28, mengakui ada ketikanya rindu dengan kehidupan privasinya yang mana dia bebas menjalani aktiviti tanpa perlu memikirkan mengenai pandangan atau persepsi orang sekeliling terhadap dirinya.

Bagaimanapun, menurut pemilik nama penuh Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus ini sejak menjejakkan kaki dalam industri seni dia akur dan rela sekaligus mengganggap kehidupan yang dijalaninya sebagai lumrah bergelar artis.

Malah dia memanjatkan rasa syukur kerana bakat lakonan dan nyanyiannya semakin diterma dan mendapat sambutan ramai peminat.

"Saya rindukan privasi saya seperti saya boleh keluar ke mana-mana dan bersama siapa-siapa yang saya mahu.

"Tapi tak mengapa kerana saya merelakan kehidupan yang begini dan apa yang jadi pada diri saya.

"Alhamdulillah, peminat pun semakin mempercayai bakat lakonan dan menyokong karier nyanyian saya,"katanya yang bermula sebagai model sambilan sejak diusia 15 tahun sebelum meraih populariti dalam bidang lakonan dan kini menyanyi.

Anis ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Anugerah Industri Muzik (AIM22).

Lantaran anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, ini berkata dia tidak kisah dianggap tamak kerana melibatkan diri pelbagai cabang seni serentak kerana dia optimis mencuba dan melakukan apa yang diminatinya.

Walaupun dia sering tidak mendapat rehat yang cukup gara-gara jadual kerja yang padat namun sokongan peminat sedikit sebanyak menguatkan semangatnya untuk lebih bekerja keras dan memberikan hasil kerja yang terbaik.

"Single saya berjudul mengapa dijadikan OST untuk drama yang kini disiarkan di TV1 dan juga drama untuk TV9.

"Saya perasaan peminat saya terbahagi kepada dua kelompok iaitu peminat yang mengikuti dan menonton drama-drama saya, mereka kata mereka suka saya berlakon. Dan satu lagi, yang mendengar lagu saya, mereka kata mereka suka saya menyanyi. Setakat ini belum ada lagi komen-komen negatif.

"Sebolehnya saya mahu terlibat dalam semua seperti belakon, menyanyi, mengacara. Saya seronok sebab saya buat apa yang saya suka. Tak apa, saya tak kisah kalau orang kata saya tamak. Tamak dalam mencari rezeki...," tutur pelakon drama Gemersik Kalbu ini sambil tersenyum.

Sementara itu, tatkala diusik mengenai kehidupan peribadi Anis yang seperti sudah dapat meneka pantas menyatakan dia masih belum mempunyai teman istimewa semenjak kegagalan cinta lalu. Tidak terdesak mencari pengganti, kata Anis, dia menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

"Saya belum ada teman lelaki lagi. Saya berkawan dengan ramai orang tapi yang istimewa tu tak ada.

"Saya serahkan soal jodoh pada Tuhan. Saya tidak memilih, asalkan leaki itu memahami, menerima saya dengan ikhlas dan seadanya serta faham keadaan saya sebagai anak tunggal, itu pun sudah cukup," tuturnya.

Berkongsi sikit mengenai persiapan menyambut Syawal, memandangkan ibu bapanya yang menetap di Medan, Indonesia, akan pulang ke Kuala Lumpur, justeru Aidilfitri kali ini dia bercuti selama 11 hari. Anis akan pulang ke kampung halaman ayahnya di Johor dan kemudian ke kampung halaman ibunya di Kelantan.

"Saya cuti raya 11 hari. Setiap kali cuti raya lah saya ambil kesempatan untuk berehat dan bleh lah bangun lewat sikit (gelak).

"Papa dan mama saya akan pulang ke Kuala Lumpur dan selepas itu kami sekeluarga akan balik ke kampung papa dulu sebelum ke kampung mama.

"Sebenarnya saya belum beli baju raya saya lagi. Papa saya sudah tetapkan tema selama tujuh hari antaranya warna peach, emerald green, merah dan silver," katanya.

Perkembangan lain, Anis bakal muncul dengan drama berjudul Projek Dapur Raya Aishah yang akan disiarkan di saluran TV9.

Manakala sekembali daripada bercuti raya, dia bakal sibuk dengan penggambaran sebuah program berkonsep travelogue mengenai kecantikan wanita. Selain itu, dia dalam perancangan untuk muncul dengan single terbaharu.
Powered by Blogger.