F "Saya Masih Isteri Adi Putra" - Aida | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Saya Masih Isteri Adi Putra" - Aida

Amat memeranjatkan apabila satu kiriman gambar memaparkan pelakon popular iaitu Adi Putra difahamkan sudah berkahwin lagi.

Ekoran dakwaan itu, Kakigosip telah berjaya menghubungi isteri Adi Putra, Aida Yusof bagi mengulas lanjut mengenai spekulasi tersebut.

"Saya serahkan kepada Adi Putra, suami saya untuk menjelaskan perkara sebenar. Saya sebagai isteri tidak mahu memberi sebarang komen buat masa ini. Biarlah dia sebagai suami untuk membuka mulut terhadap media terlebih dahulu.

"Saya juga pohon diberikan ruang untuk privasi," jelas Aida yang ditemubual.

Kakigosip juga difahamkan wanita tersebut merupakan rakan kongsi bisnes Adi.

Kakigosip telah cuba menghubungi Adi menerusi Whatsapp namun tidak berjaya.

Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Adi sendiri.

Untuk rekod, Adi dan Aida telah berkahwin pada 14 April 2016.
Powered by Blogger.