F 'Saya dijual dengan nilai 12 ekor lembu' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Saya dijual dengan nilai 12 ekor lembu'

Kejadian culik, rogol dan kahwin paksa sudah tidak asing lagi bagi penduduk di utara Tanzania.

Bagi suku kaum Sukuma di Shinyanga, dekat sini, perkataan 'kupura' (culik kanak-kanak) boleh dikatakan didengari setiap hari memandangkan kejadian melarikan kanak-kanak dianggap tidak salah di sisi undang-undang di daerah itu.

Maka tidak hairanlah kes-kes jenayah seperti culik dan rogol kanak-kanak begitu banyak direkodkan.

Mengikut kepercayaan, golongan lelaki Sukuma berhak menikmati tiga 'benda' dalam kehidupan mereka dengan bebas dan tanpa sekatan. Ketiga-tiga 'benda' yang dimaksudkan ialah daging, arak dan wanita.

Apabila seseorang lelaki Sukuma berkenan pada seseorang kanak-kanak, mereka akan cuba menjejakinya untuk mendapat tahu waktu dan lokasi di mana kanak-kanak itu berada sehinggalah berjaya menculik dan merogolnya.

Apa yang mengejutkan ialah ibu bapa kepada mangsa kanak-kanak terbabit biasanya tidak akan membuat laporan kepada polis.

Sebaliknya mereka akan berusaha mencari penculik, bukan untuk menyelamatkan anak mereka, tetapi adalah untuk berbincang dengan penculik berapa jumlah ekor lembu yang boleh diberi sebagai syarat pertukaran dengan anaknya!

Seorang bapa, Kurwa Masanja berkata, dia kini menyesal apa yang telah dilakukan terhadap anaknya, Grace yang kini baru berusia 13 tahun.

"Suami Grace telah meninggal dunia setahun lalu akibat kemalangan jalan raya. Ketika dia kahwin, saya mendapat 12 ekor lembu sebagai gantinya. Kini hanya tinggal enam ekor sahaja, setelah enam ekor lagi dijual untuk membina rumah kedua saya," kata Masanja.

Menurut Masanja, dia setuju menerima 12 ekor lembu sebagai "hantaran" daripada seorang lelaki berusia 30an.

"Anak saya pada mulanya enggan kahwin dengannya. Tetapi saya tetap paksa dia sehingga saya memukulnya dengan tali pinggang sehinggalah suatu hari, lelaki itu bersama ahli keluarganya datang ke rumah saya dan membawa lari anak saya.

"Malangnya, anak saya terus hidup penuh derita. Dia kerap didera dan dirogol lelaki itu," katanya.

Hari ini, di bawah bantuan sebuah badan bukan kerajaan, Grace dilatih menjalani beberapa kursus kemahiran seperti memasak bagi memberikan sinar baru dalam kehidupannya.
Powered by Blogger.