F "Saya bukan nak jadi hero" - Adi Putra | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Saya bukan nak jadi hero" - Adi Putra

Bintang lelaki paling seksi iaitu Adi Putra akhirnya tampil memberikan perkongsian berkenaan berita perkahwinannya dengan isteri kedua bertempat di Casa Ombak, Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

Hero filem Isyarat Cinta itu berkata, sidang media ini diadakan bertujuan bagi menjawab spekulasi dan gosip berkenaan dakwaan berita perkahwinan kali keduanya itu.

Pun begitu Adi Putra atau nama penuhnya Adi Putra Abdul Ghani, turut mengulas, segala persoalan biarlah diajukan kepadanya tanpa melibatkan kedua-dua isterinya.

"Tujuan sidang media hari ini diadakan adalah untuk berkongsi sama ada iya atau tidak berkenaan gambar perkahwinan saya yang sudah tersebar. Jadi sejujurnya, gambar kahwin viral itu adalah benar saya dan isteri kedua sudah bernikah.

"Walau bagaimanapun, saya berharap agar semua dapat memberikan ruang privasi kepada kedua-dua isteri saya termasuklah ahli keluarga. Ini kerana, mereka tidak ada kena mengena, mereka tidak harus didedahkan.

"Saya tidak mahu mereka merasa berat dengan soalan yang bakal diajukan. Oleh itu biarlah saya sendiri yang tanggung dari hujung rambut sampai hujung kaki," tekan Adi Putra.

Adi yang tenang ketika ditanya dengan pelbagai soalan, turut berkata, mengakui mahu memberitahu tentang berita itu, namun apakan daya ia sudah bocor terlebih awal.

"Saya bukan nak jadi hero, saya tampil untuk berkongsi dan menjelaskan perkara sebenar serta pohon maaf kepada semua peminat saya kerana kegagalan untuk hadirkan diri pada majlis terbuka raya.

"Ketika pemergian saya bercuti bersama isteri pertama baru-baru ini, bukan bermakna saya mendiamkan diri atau sebaliknya, tetapi sudah dirancang terlebih dulu, jadi saya terpaksa batalkan dan dahulukan keluarga.

"Sementara itu, isu saya kahwin kali kedua pula, ada merancang tapi dah bocor terlebih awal. Saya tidak terkejut kerana perkara itu jelas, tidak salah dan berdosa. Sebab pastinya ramai akan menghubungi dan bertanyakan tentang berita itu," ujar Adi yang sudah bernikah dengan isteri pertama pada 20 Jun 2016, bertempat di kediaman isteri keduanya.
Powered by Blogger.