F Saya Belajar Berjalan Semula, Doakan Saya - Mazidul Akmal Sidek | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Belajar Berjalan Semula, Doakan Saya - Mazidul Akmal Sidek

Selepas hampir dua tahun terlantar sakit akibat diserang strok, baru-baru ini pengacara dan personaliti TV terkenal, Mazidul Akmal Sidek, dijemput ke sebuah rancangan bual bicara untuk menceritakan keadaan kesihatannya.

Dalam rancangan itu, Mazidul kelihatan semakin baik dan kerap tersenyum di sepanjang perbualan.

“Kini saya banyak berlajar untuk berjalan semula, selain itu saya juga sedang mengembalikan ingatan. Alhamdulillah, saya semakin baik. Kalau diberikan wang, saya tidak perlukan itu semua. Saya hanya perlukan doa daripada anda semua, untuk saya boleh kembali memberikan khidmat kepada masyarakat,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian Online.

Sementara itu, dalam masa yang sama Mazidul turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan kesihatannya supaya cepat sembuh agar beliau mampu kembali aktif didalam bidang penyiaran seperti sediakala.

Dalam rancangan itu juga, Mazidul turut ditemukan dengan rakan pengacaraannya, Zakiah Anas dan Hazlin Hussain.

Sebelum ini, Mazidul telah dilaporkan dalam keadaan tenat akibat serangan strok dan berada dalam keadaan koma sementara.

Walaupun pihak keluarganya enggan memberikan keterangan lanjut mengenai keadaan beliau ketika itu, namun Mazidul dikatakan semakin pulih walaupun masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada ketika itu.
Powered by Blogger.