F Sarat hamil, Raja Farah masih aktif | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sarat hamil, Raja Farah masih aktif

HAMPIR setahun membina mahligai kasih bersama suami tercinta, akhirnya pasangan Raja Farah dan Iskandar Ismail, bakal menimang cahaya mata sulung, sekitar akhir Ogos depan.

Kini, Raja Farah atau nama sebenarnya, Raja Farah Raja Aziz sarat mengandung lapan bulan.

Pun begitu, pelakon filem Anak Halal itu masih aktif dengan pelbagai aktiviti seni terutamanya dalam bidang pengacaraan.

Bahkan, selebriti berusia 28 tahun itu dilihat cukup cergas meskipun keadaan dirinya semakin berisi.

"Alhamdulillah, usia kandungan saya kini sudah pun memasuki trimester ketiga.

"Walaupun sarat hamil, saya tidak boleh duduk diam.

"Saya juga masih tampil sebagai pengacara dalam rancangan bual bicara, Assalamualaikum terbitan AlHijrah," katanya kepada Zass ketika ditemui, baru-baru ini.

Pertama kali bersiaran secara langsung, Raja Farah mengakui seronok melakukan pekerjaan tersebut.

"Buat masa ini, saya memang sudah tidak aktif berlakon.

"Jadi, bidang pengacaraan mengubati rasa rindu saya untuk kembali berlakon walaupun kadang-kadang terasa sedikit mengah," katanya.

Dalam pada itu, Raja Farah mengakui belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi dalam kandungan kerana ingin memberi kejutan kepada keluarganya.

Malah, pasangan sama cantik sama padan ini begitu teruja menunggu detik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

"Saya sudah melakukan ujian imbasan, malah doktor juga memaklumkan jantina yang bakal dilahirkan.

"Tetapi, biar saya simpan sebagai rahsia hingga saya selamat bersalin nanti.

"Lagipun, kami tidak kisah apa jantina bayi nanti. Apa yang penting, bayi kami sihat sejahtera," katanya.
Powered by Blogger.