F Sambut Ulang Tahun ke-20, Spice Girls Reunion Hanya Bertiga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Sambut Ulang Tahun ke-20, Spice Girls Reunion Hanya Bertiga

Kumpulan pop wanita yang pernah mencipta fenomena sekitar era 90an, Spice Girls, bakal kembali menggegarkan dunia hiburan sempena ulang tahun ke 20 penubuhan kumpulan itu.

Menerusi beberapa status di laman sosial, tiga anggota Spice Girls; Mel B, Emma Bunton dan Geri Halliwell, memaklumkan sedang merancang satu sambutan besar-besaran sempena ulang tahun mereka.

Namun agak menyedihkan apabila hanya mereka bertiga yang akan terlibat dalam projek besar itu.

Dua lagi anggota Spice Girls, Mel C dan Victoria Beckham, tidak akan turut sama.

Justeru, nama Spice Girls juga dijenamakan semula sebagai GEM, yang merupakan gabungan nama mereka bertiga.

Dalam video yang dimuat naik ke akaun YouTube mereka, trio itu memberitahu apa yang dirancang adalah sesuatu yang sememangnya dinantikan oleh peminat mereka.

Pada 7 Julai 1996, single pertama dari album debut Spice Girls, Wannabe, dilancarkan. Sejak itu, mereka dikenali sebagai kumpulan wanita dengan jualan album paling tinggi, iaitu melebihi 80 juta, selain rekod antara artis British dengan fenomena paling besar selepas The Beatles.



Powered by Blogger.