F Saharul ridzwan masih berahsia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saharul ridzwan masih berahsia

Pelakon popular menerusi rantaian drama bersiri di TV3, Saharul Ridzwan ketika dihubungi Kakigosip bagi mengulas lanjut perihal isu perkahwinan berkata, walaupun sudah beberapa kali diajukan persoalan yang sama, pelakon itu masih berahsia untuk berkongsi mengenai perkara baik tersebut.

"Saya tidak pernah untuk tertutup bila soal perkahwinan dibicarakan, malah jawapan yang sama juga saya akan beritahu. Sampai masanya saya pasti akan beritahu kepada semua orang. Andai dalam masa terdekat, sudah tentu saya akan cakap pada bila-bila masa sahaja.

"Berita mengenai perkahwinan inikan satu perkara yang baik untuk dikongsi, insyaAllah sampai masanya saya akan beritahu," ujarnya.


Kebiasaannya, apabila populariti selebriti melonjak naik, ada juga sesetengah pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Sebaliknya, hero drama Kau Aku Kita pula lebih memandang ke arah sudut positif.

"Saya tidak menganggap perkara itu sebagai cuba mengambil kesempatan, tapi lebih kepada pengiklanan dan promosi (A&P). Saya juga ada menggunakan khidmat rakan artis untuk saling bekerjasama. Kalau ada yang mahu saya jadi duta kepada produk mereka mengapa tidak, itukan satu peluang.

"Saya juga tidak akan lupa diri bila nama sudah naik kerana ramai lagi pendatang baru yang akan jadi pelapis," jelas Saharul mengakhiri perbualan.
Powered by Blogger.