F Rumah tangga pelawak Issey goyang hanya berlaku salah faham | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rumah tangga pelawak Issey goyang hanya berlaku salah faham

Khabar angin mengatakan rumah tangga pengacara dan pelawak Issey Fazlisham yang dibina setahun lebih itu sudah menemui kegagalan. Bagaimanapun Issey memaklumkan bahawa dakwaan tersebut  tidak benar.

Ekoran itu Kakigosip telah pun menghubungi pelakon terbabit bagi mengulas lanjut berkenaan hal tersebut.

"Benar rumah tangga kami sekarang ini ada sedikit salah faham tetapi kami sekarang dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Andai ada yang turut mendakwa ini semua berpunca kerana orang ketiga pun tidak betul. Malah, dengan keluarga mentua pun tidak ada kena mengena. Saya mengaku mungkin masing-masing ada kesilapan tanpa kami sedari dan saya tidak menyalahkan sesiapapun," ujarnya ketika dihubungi Media Hiburan.

Ditanya pula adakah masalah ini juga berpunca kerana Issey sudah menjadi artis dan tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa bersama-sama, ini jawapannya;

"Sebelum kami berkahwin pun saya sudah bergelar seorang artis dan dia pun faham dengan kerjaya saya. Jadi, rasanya tidak ada masalah dengan perkara itu. Cuma sejak kebelakangan ini sahaja keadaan menjadi agak tegang," katanya ringkas.

Untuk info, pasangan Issey dan isteri, Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 24, selamat disatukan pada 19 Mac 2015 di kediaman pengantin perempuan di Machang, Kelantan.
Powered by Blogger.