F "Ruhainies wanita manja" - Azrel Ismail | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Ruhainies wanita manja" - Azrel Ismail

Video yang tersebar antara pelakon Ruhainies dan Dato Red begitu mengejutkan.  Sebagai rakan yang agak akrab dengan Ruhainies, Azrel Ismail mengakui bahawa dia agak terkejut dengan perkara itu.

Bagaimanapun, Azrel percaya terhadap Ruhainies dan yakin bahawa mereka tidak ada hubungan istimewa, malah perjumpaan mereka hanya atas urusan kerja sahaja.

Tambah jejaka itu lagi, kebiasaannya apabila Ruhainies keluar, dia akan selalu membawa pembantu peribadi ataupun ahli keluarganya.

Berkongsi tentang hal itu, Azrel yang sudah mengenali aktres tersebut sejak berlakon bersama menerusi drama Menantu Tingtong berkata, Ruhainies merupakan seorang yang manja dan baik.

Ruhainies juga telah memberitahu Azrel bahawa dia akan keluar bersama pembantu peribadinya pada Khamis lalu, namun perjumpaan tersebut tidak diketahui atas urusan apa?

Terdahulu satu rakaman video antara pelakon Ruhainies dan Dato Red telah berjaya dirakamkan oleh individu yang berada di lokasi berkenaan. Menerusi video tersebut memaparkan Dato Red sedang merangkul pinggang Ruhainies di Pavilion, Kuala Lumpur.
Powered by Blogger.