F Ruhainies Siapkan Juadah, Teruja Tunggu Peminat Datang Beraya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ruhainies Siapkan Juadah, Teruja Tunggu Peminat Datang Beraya

Menyambut hari raya di kampung halamannya di Pulau Pinang, Ruhainies, 23, menyifatkan sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah bukan saja dengan kunjungan sanak saudaranya dan sahabat handai malah dia menyambut dengan tangan terbuka kedatangan peminat-peminat.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, selain menu istimewa seperti nasi tomato dan ayam masak merah yang menjdai juadah tradisi bagi keluarganya setiap kali menjelang lebaran, dia juga ada membuat empat jenis kuih raya.

"Tahun ini pastinya lebih meriah dan saya tak sabar menantikan kunjungan sanak saudara dan teman-teman.

"Saya juga ada sediakan duit raya untuk anak-anak buah dan sepupu-sepupu saya.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran peminat. Disebabkan tahun ini saya jangka ramai yang akan datang, jadi saya akan lebihkan makanan dan biskut-biskut raya.

"Selalunya kalau di rumah saya selain daripada rendang, ketupat, menu yang paling isitimewa ialah ayam masak merah dimakan bersama nasi tomato. Juadah tu semua ibu saya yang masak.
Tapi tahun ini saya buat biskut raya sebanyak empat jenis," kata heroin drama Hello Mr. Perfect ini tatkala berkongsi mengenai persiapannya menyambut raya.

Sementara bagi diri sendiri pula, menurut adik kepada pelakon Nur Reestina ini, tahun ini dia tidak membeli baju raya kerana baju-baju yang diperolehi daripada pihak tajaan masih baru dan elok.

"Saya tak beli baju raya pun sebab sudah ada banyak baju daripada pihak tajaan lebih kurang 20 pasang. Ada yang saya masih belum pakai lagi. Terima kasih banyak kepada yang memberi tajaan kepada saya.

"Lagipun tahun ini saya hanya beraya tiga hari saja selepas itu saya sudah kembali sibuk dengan penggambaran," katanya.

Perkembangan lain, pada raya ke lima Ruhanies akan berangkat ke Mekah bagi menjalani penggambaran drama dan telemovie terbitan Zeel Production.

Ruhainies bakal muncul menerusi drama bersiri berjudul Menantu Tingtong yang akan disiarkan di slot Azalea, TV3 mulai 15 Julai depan.
Powered by Blogger.