F Ruhainies Lantik Ibu Sebagai 'Pengawal Peribadi' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ruhainies Lantik Ibu Sebagai 'Pengawal Peribadi'

Tidak mahu insiden dan kontrovesi sama yang terpalit pada dirinya baru-baru ini berlaku lagi, justeru Ruhainies melantik ibunya sendiri sebagai 'pengawal peribadi' yang akan menemaninya setiap kali dia menghadiri urusan berkaitan kerjaya seni.

"Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya.

"Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan.

"Ketika kejadian lalu itu pun saya tidak berseorangan, malah ditemani adik dan beberapa teman. Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi.

"Mengenai apa yang berlaku, saya yakin semua pihak sudah maklum dan saya juga sudah berikan kenyataan," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Pelakon yang mula mencipta ama menerusi drama Hello Mr. Perfect ini terpalit dengan kontroversi video dan gambarnya keluar bersama suami kepada penyanyi, Adira, Datuk Seri Adnan Abu, tersebar baru-baru ini,

Sementara itu, Ibu Ruhainies, Che Bunga Salleh, berkata sebagai ibu beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya.
"Saya selalu berpesan supaya mereka menjaga tingkah laku dan tutur kata. Seperti apa yang menimpa Ruhanies, saya ingatkan dia berhati-hati apabila berkata-kata.

"Saya sedih apabila tengok Ruhainies berkurung dalam bilik tempoh hari. Syukurlah dia seorang yang kuat dan tenang berdepan semua ini," katanya.
Powered by Blogger.