F Rita Sudah Terbuka Hati Mahu Kahwin Lagi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rita Sudah Terbuka Hati Mahu Kahwin Lagi

Aktres Rita Rudaini, 40, mengakui hatinya sudah terbuka untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya, namun tiada lelaki yang berani mendekatinya ketika ini.

Memetik laporan mStar online, ibu anak dua ini berakat dia tidak menolak jika diberikan jodoh yang sesuai sebagai peneman hidup suatu hari nanti.

"Buat masa ini saya memang tidak mahu kahwin tapi jika suatu hari nanti Allah beri orang yang baik saya terima.

"Cuma sekarang ini saya rasa tiada lelaki yang berani dekat dengan saya kerana mungkin mereka takut saya heret mereka ke mahkamah," ujarnya.

Sementara itu, Rita turut berkongsi, sebelum ini dia berkawan rapat dengan seorang lelaki namu lelaki tersebut sudah meninggal dunia pada April lalu kerana menghidapi penyakit kronik.

"Hubungan kami hanya di alam maya sahaja tapi saya akui dia lelaki paling memahami dan selesa untuk berkongsi perasaan.

"Dia baik dan kami sering berhubung, malah dia ada meluahkan perasaannya yang sukakan saya.

"Tetapi saya sejak awal beritahu bahawa saya tidak mahu berkahwin.

"Dia meninggal dunia pada April lalu, kami belum pun sempat bertemu kerana dia tinggal di luar negara," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rita sibuk menguruskan restorannya yang dberi nama Rumah Kueh. Restoran yang terletak di Kota Damansara itu sudah beroperasi sejak awal Ramadan lalu menawarkan 18 jenis kuih tradisional tempatan.
Powered by Blogger.