F Rezeki Azwan & Ezzaty selepas kahwin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rezeki Azwan & Ezzaty selepas kahwin

Tanggal 16 Julai 2016 akhirnya menjadi satu tarikh yang begitu bermakna buat pasangan pelakon, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah kerana akhirnya cinta mereka sampai hingga ke jenjang pelamin.

Ketika ditemubual  mengenai karier masing-masing selepas berumah tangga pula, Azwan dan Ezzaty mengakui rezeki mereka semakin murah. Ini kerana menurut Ezzaty sendiri, dia sudah pun ditawarkan untuk penggambaran seterusnya sebelum mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnya saya ambil tawaran tersebut sebelum menjadi isteri lagi, tapi tak lama sebab tele sahaja. Itu rezeki kahwin, nak tolak sayang. Walau bagaimanapun, selepas itu saya akan berehat sekejap untuk beberapa minggu bagi menguruskan beberapa urusan rumah tangga bersama suami,” ujar Ezzaty.

Sementara suami Ezzaty pula memaklumkan, akan berehat sehingga pada bulan Ogos depan dan seterusnya kembali berlakon. Ini kerana Azwan perlu menyelesaikan beberapa urusan kerja.

“Selepas ini saya memang sudah ambil keputusan untuk berehat lama, itupun sehingga bulan lapan sahaja dan kembali berlakon,” jelas Azwan yang akan membawa Ezzaty berbulan madu selama seminggu di London bermula Rabu depan.

Menyentuh mengenai soal jika pasangan itu menerima tawaran berlakon untuk digandingkan, adakah mereka bersetuju? Masing-masing memberikan jawapan yang sama.

“Susahlah, kami terasa janggal sangat. Kami pernahlah berlakon sama masa dalam fasa bercinta sebagai pasangan kekasih. Sehinggakan pernah satu masa itu dilokasi penggambaran kami duduk berdepan namun tidak bercakap, hanya melalui whatsapp sahaja,” kata Ezzaty sambil ketawa.

“Bagi saya kita berlakon sebagai pasangan kekasih, pada masa yang sama pula kami suami isteri, terasa macam palsu sangat, terasa bukan diri sendiri, contoh masa kami berlakon dalam drama Mak Cun, jadi sukarlah,” tambah Azwan.
Powered by Blogger.