F Reza Hasbi terkilan dengan pengurus projek | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Reza Hasbi terkilan dengan pengurus projek

Pelakon dan hero filem Showdown The Movie, Reza Hasbi mengakui dia agak terkilan apabila menerima layanan yang tidak sama rata antara pelakon baru dan dirinya, daripada pengurus produksi filem tersebut.

Jelas Reza ketika dihubungi, dia sendiri tidak tahu apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh pengurus produksi tersebut pada ketika itu.

"Saya dan pengurus projek dah kenal lama, malah memang saya selalu berlakon untuk produksi berkenaan. Tapi tak ada pula dia berperangai demikian sepanjang tempoh perkenalan kami. Sebelum ini pun, ada juga pelakon-pelakon senior yang lebih makan garam ingatkan saya fasal perangai tak baik dia, namun saya iyakan sahaja. Akhirnya terkena juga.

"Masa itu saya sedang menjalani penggambaran di Thailand, saya diberikan bilik berasingan dengan seorang krew, manakala artis baru disatukan dengan artis-artis lain. Kemudian, dalam satu kejadian lain,  sebaik saya melangkah masuk di sebuah restoran dan belum duduk di meja makan lagi, saya sudah dimaklumkan agar tidak memesan makanan yang mahal-mahal, dengan nada tinggi di depan artis-artis lain. Sementara itu pendatang baru dapat pesan makanan yang mahal.

"Saya memang berasa cukup sakit hati sehingga ke hari ini dan tak akan kembali lagi ke produksi berkenaan. Saya percaya rezeki ada di mana-mana sahaja. Pengurus produksi ada juga hubungi saya untuk khidmat lakonan saya, namun saya sudah tawar hati," terang Reza yang hanya memesan nasi kosong sahaja ketika itu.



Tidak habis cerita itu, timbul pula isu kononnya Reza berkelakuan tidak mesra dan tidak mahu bercakap dengan pelakon baru.

"Mungkin ada berlaku tanpa saya sedar kerana pada waktu itu saya ada masalah. Dikesempatan ini saya mohon maaf kepada artis baru andai kelakuan tanpa saya sedari buat pelakon baru terasa hati. Saya seorang yang memang tidak pandai nak sorok masalah saya," ujar Reza kesal.

Dalam perkembangan lain, Reza kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Cinta Facebook.
Powered by Blogger.