F Remaja tingkatan lima maut, rakan parah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Remaja tingkatan lima maut, rakan parah

Seorang pelajar tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori sampah di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di sini, petang tadi.

Difahamkan kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23 dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang, motosikal ditunggangi mangsa dan dibonceng rakannya dipercayai bergesel dengan lori sampah tersebut.

Sumber berkata, akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke atas laluan lebuhraya.

"Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.

"Mangsa yang cedera mengalami pendarahan dalaman di bahagian pinggang dan luka di perut,"katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Lee Swee Meng mengesahkan kejadian.

Katanya, kejadian berlaku di kilometer 2.1 berhampiran Kampung Batu 13, Puchong.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Haziq Hamzani, 17, dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,"katanya.

Pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Powered by Blogger.