F Reen ambil masa hayati watak Filem Mawar Putih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Reen ambil masa hayati watak Filem Mawar Putih

Pelakon Reen Rahim tidak berfikir panjang apabila mendapat peluang untuk berlakon dalam filem Mawar Putih arahan pengarah terkenal, Datuk Rosnani Jamil atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani yang akan menemui penonton pada 18 Ogos depan.


Meskipun ini bukanlah filem pertama pelakon itu, Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mengakui dia perlukan masa untuk mendalami watak yang diberikan. Ini kerana bagi pelakon muda itu merasakan ia agak mencabar.

"Berlakon di bawah arahan Mak Nani cukup teruja, tambah pula ini adalah filem terakhir Mak Nani. Bagi saya Mak Nani berada di dalam liganya sendiri, oleh itu saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem ini tanpa fikir panjang mahupun soal bayaran.

"Saya juga akui pada peringkat awal perlukan masa untuk mendalami watak zaman sebelum saya, namun alhamdulillah menerusi rujukan filem zaman seangkatan sebagai rujukan akhirnya saya dapat menghayati watak dengan cepat," ujar Reen cukup teruja yang akan digandingkan bersama pelakon Arja Lee dan pelakon Indonesia, Triestan Aprillian.


Filem Mawar Putih mengisahkan cinta dua darjat di antara Irwan yang merantau ke Malaysia dan berkahwin dengan Tengku Zarina.

Pergolakan bermula apabila anak mereka, Aidil bercinta dengan gadis Padang, Cinta, tetapi ada sesuatu yang membuatkan Aidil dan Cinta tidak mungkin dapat bersatu.

Kita nantikan sentuhan emas daripada Mak Nani sekali gus menyaksikan drama percintaan dua darjat lakonan Reen Rahim.
Powered by Blogger.