F Raya Pertama Sebagai Isteri, Jihan Tunggu Kejutan Daripada Suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raya Pertama Sebagai Isteri, Jihan Tunggu Kejutan Daripada Suami

Sah bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac lalu, sudah pasti inilah raya pertama pelawak dan pengacara, Jihan Muse memegang status sebagai isteri.

Memetik laporan Kosmo!, dia cukup teruja dan tidak sabar mealui saat dan momen apa yang bakal dilalui pada sambutan lebaran nanti bersama suami tercinta

“Maklumlah, kalau sebelum ini, masing-masing sambut hari raya sendiri-sendiri sahaja. Dia di rumah dia, saya pula di rumah saya. Kalau berjumpa pun mungkin selepas seminggu raya, tapi kali ini, saya akan beraya bersama dengan dia.

“Saya nak tunggu apa yang dia (suami) nak suruh saya lakukan. Tak sabar nak tunggu kejutan. Mungkin inilah waktunya mak mertua suruh cuci pinggan,” seloroh pelawak berusia 33 tahun itu.

Tambahnya, dia dan suami belum membuat keputusan berhubung isu di mana mereka mahu menyambut raya pertama. Lagipun, kedua-duanya tidak berdepan masalah jarak kerana masing-masing tinggal di Shah Alam, Selangor.

“Tak tahu lagi. Belum putuskan nak beraya di mana. Saya tidak kisah pun sebenarnya memandangkan kami memang duduk di Shah Alam sahaja.

“Kalau balik kampung jauh sedikit pun rumah arwah nenek saya di Hulu Langat,” kongsi aktres yang pernah memenangi Artis Komedi Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular sebelum ini.

Sebagai isteri, sudah pasti, banyak tanggungjawab perlu dipikulnya. Selain membuat persiapan raya, kata Jihan, dia akan menyediakan juadah pada pagi raya.

“Mungkin akan sediakan rendang Mandailing nanti untuk juadah raya. Selain itu, suami saya juga amat sukakan laksa Johor.

“Cuma itulah, saya buat tak berapa sedap macam ibu mertua saya hasilkan. Mak dia buat memang sedap. Kalau saya yang buat nanti, takut merosakkan mood raya pula. Saya mahu raya dia itu nanti satu momen bahagia,” katanya yang merancang bercuti raya selama dua minggu.

Powered by Blogger.