F Raya Dayang Nurfaizah Meriah Dengan Kerenah Anak-Anak Saudara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raya Dayang Nurfaizah Meriah Dengan Kerenah Anak-Anak Saudara

Jarang-jarang sekali dia dapat pulang ke kampung, namun hari raya menjadi satu kemestian bagi Dayang Nurfaizah, 34, bercuti dan meluangkan maasa bersama keluarga tercinta di kampung halamannya di Kuching Sarawak.

Kata penyanyi yang kini hangat dengan lagu terbaharunya, Lelaki Teragung ini, Aidilfitri tahun ini dia bercuti selama hampir sebulan.

"Memang tiap kali raya saya akan amibil peluang bercuti dan tak mahu fikir langsung soal kerja.

"Selalunya saya paling singkat saya bercuti dua minggu, paling lama selama sebulan sebab bukan selalu saya dapat balik, kalau sekejap rasa tak puas luangkan masa bersama famili.

Berkongsi pula mengenai rutin di pagi raya, kata wanita berkulit hitam manis ini, awal-awal pagi lagi dia sudah bangun untuk memanaskan dan menghidangkan juadah yang sudah disediaakan oleh ibunya. Antaranya menu yang menjadi tradisi dalam kelaurganya seperti ketupat bersama kuah kacak, ayam masak merah.

Tidak hanya ibunya yang memasak, Dayang sebenarnya juga pandai memasak dan menu masakan dari air tangannya sendiri yang memang ditunggu-tunggu oleh keluarga ialah grill chicken chop.

"Selalunya ibu saya yang akan memasak juadah-juadah kegemaran kami adik beradik. Saya akan bangun pagi-pagi oanaskan semua lauk tersebut dan hidangkan di atas meja. Selesai solat hari raya nanti, baru kami makan bersama-sama.

"Tapi sejak dua tiga tahun lepas, saya ada cuba memasak tapi tidak lah pandai sangat. Saya buat menu yang simple saja iaitu grill chicken chop. Sejak itu setiap kali saya, ibu dan adik beradik mesti buat permintaan untuk saya masakan juadah tersebut," dedahnya.

Dalam pada itu, Dayang juga berkata suasana kemeriahan raya lebih terasa dengan kerenah dan geletah anak-anak buahnya takala berkumpul.

"Saya ada empat orang anak buah dan mereka rapat dengan saya. Masa-masa macam ni lah juga mereka dapat bermanja dan melepaskan rindu dengan saya. Saya suka melayan kerenah dan kalau saya nak balik ke Kuching, saya mesti belikan mereka barang-barang seperti baju dan barang permainan,' katanya.

Menyentuh mengenai karier pula, Dayang masih rancak mempromosikan single Lelaki Teragung.

Selain dia dalam proses memgumpulkan lagu untuk album terbaharunya. Akuinya, dia mengambil masa agak lama untuk menyiapkan album kali ini kerana sukar mencari lagu yang betul-betul sesuai.

"Saya akui faktor kematangan usia juga buatkan saya lebih cerewet dan teliti untuk memilih satu-satu lagu yang betul-betul sesuai dan dapat diterima oleh peminat, tuturnya.
Powered by Blogger.