Berita Terkini
recent

Raja Muda Selangor lapor diri di Kem Terendak

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah kini sudah pun melaporkan diri bagi menyertai RAMD (Batalion ke-17) di Kem Terendak, Melaka.

Laman mikro Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia turut memuat naik beberapa keping gambar beliau ketika hadir bagi melaporkan diri.

Difahamkan, Tengku Amir bakal ditauliahkan dalam majlis yang akan berlangsung pada Selasa depan.

Sebelum ini, Tengku Amir telah menjalani latihan penyesuaian sebagai pegawai kadet di Kolej Tentera Darat di Port Dickson.

Selain itu, beliau juga melanjutkan pengajian di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom selama 18 bulan.

Penyertaan beliau dalam latihan ketenteraan itu jelas mengikut jejak langkah nendanya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1952 yang menyertai Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan dan ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar.

Tengku Amir merupakan putera tunggal kepada baginda Sultan Selangor dan dilahirkan pada 12 Disember 1990.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.