F Raja Ilya Tak Dapat Baju Raya Kerana Tak Bayar Duit Tempahan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raja Ilya Tak Dapat Baju Raya Kerana Tak Bayar Duit Tempahan

Baru-baru ini, pelakon Raja Ilya meluahkan rasa kecewa apabila seorang pereka fesyen sebuah butik iaitu Ann Khan Exclusive gagal menyiapkan baju yang ditempahnya pada waktu ditetapkan, malah tidak menyerahkan baju tersebut kepada keluarga selepas dihantar ke rumahnya awal pagi raya.

Memetik laporan mStar online, pemilik Ann Khan Exclusive, Noorain Khan menjelaskan bahawa tiga helai baju raya tempahan aktres itu tidak diserahkan kepada pelakon itu berikutan tiada sebarang pembayaran.

Malah, Noorain, 27, berkata, pelakon itu juga tidak mahu berbincang untuk menetapkan cara pembayaran yang ingin dilakukan kepada pihak mereka selepas baju tersebut siap dihantar.

"Kami sudah berbincang dan meminta maaf tidak dapat menyiapkan baju tersebut lebih awal, tapi kami berjanji untuk hantar tiga helai baju tempahannya pada subuh Hari Raya pertama itu supaya mereka sempat memakainya.

"Namun begitu, ketika sampai di kediaman aktres itu, kami tidak dapat memberi baju-baju tersebut kerana tiada sebarang pembayaran daripada pihak dia dan keluarganya," ujarnya.

Tambah Noorain, konflik tersebut bermula apabila pihaknya bertanya tentang bayaran tiga pasang baju tersebut berjumlah lebih RM1000 yang dikatakan sudah dilakukan.

"Pada mulanya dia setuju untuk kami hantar semua baju itu pada subuh Hari Raya pertama, manakala bajunya yang kami ingin beri percuma itu diserahkan pada tiga Hari Raya ketika dia sudah berada di Malaysia.

"Selepas itu, dia beritahu bahawa sudah membuat bayaran penuh untuk tiga baju berkenaan, namun bila periksa akaun, tiada sebarang transaksi pembayaran yang kami terima.

"Kami cuma bertanya secara baik, tapi kemudian dia terus melenting dan viralkan perkara ini di laman sosialnya

"Kami bertanya secara baik dan mahu berunding dalam hal pembayaran itu dan tidak kisah pun jika dia ingin membayarnya selepas dia pulang ke Malaysia,"

"Tapi malangnya, dia sudah tidak terima dan marah-marah sehingga menyekat kami di whatsapp dan laman sosial," ujarnya.

Powered by Blogger.