Berita Terkini
recent

Raja Farah rahsia jantina bayi dalam kandungan

Selepas membuat ujian imbasan, pelakon dan pengacara Raja Farah yang dijangka akan bersalin pada hujung bulan Ogos nanti, mengambil keputusan untuk merahsiakan jantina bayi dalam kandungannya itu.

Keputusan tersebut dibuat kerana Raja Farah atau nama penuhnya Raja Farah Raja Aziz mahu memberikan kejutan istimewa buat seluruh ahli keluarganya.

Tidak kisah dikurniakan jantina apapun, bakal ibu itu berkata, paling penting ialah diri dan kandungannya sihat serta selamat bersalin. Ketika ini usia kandungannya sudah memasuki lapan bulan.

Untuk rekod, Raja Farah dan suami, Iskandar Ismail selamat diijabkabulkan pada 6 September lalu di Bukit Jelutong.

Semoga segala proses melahirkan anak berjalan dengan lancar.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.