F Raja Afiq sedia terima kritikan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raja Afiq sedia terima kritikan

Selepas berakhirnya Drama Seindah Takdir Cinta menerusi slot Akasia, drama terbaru yang menggantikan drama tersebut ialah Sayangku Kapten Mukhriz, yang menampilkan aktor muda berbakat, Raja Afiq.

Kakigosip sempat menghubungi aktor berusia 22 tahun ini untuk bertanya adakah dia sedia untuk menerima sebarang kritikan bila drama tersebut bersiaran. Terang Raja Afiq;

“Semestinya saya sudah bersedia untuk menerima kritikan mengenai mutu lakonan saya menerusi drama tersebut. Malah, sebelum masuk industri lagi saya sudah tahu akan cabaran yang akan saya terima dan salah satunya ialah bakal berdepan dengan kritikan.

"Apa pun, saya akan ambil ia sebagai suatu yang positif dan jadikan panduan untuk ‘polish’ lagi mutu lakonan,”katanya yang mengakui teruja untuk mengetahui apakah respons penonton terhadap drama berkenaan.

Untuk rekod, Raja Afiq sebelum ini pernah terlibat di dalam beberapa buah drama dan bakatnya mula dicungkil selepas terbabit dalam Drama Festival Kuala Lumpur 2014
Powered by Blogger.