F Raja Afiq Rancang Bawa Anis Jumpa Keluarga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raja Afiq Rancang Bawa Anis Jumpa Keluarga

Pelakon baharu Raja Afiq mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Anis Al-Idrus, 28, sejak sebulan lalu.

Memetik laporan mStar online, Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, perkenalan mereka bermula ketika menjayakan beberapa majlis anjuran stesen televisyen TV3 pada Ramadan lalu.

"Alhamdulillah, saya dan Anis dalam peringkat untuk kenal hati budi masing-masing dan bolehlah dikatakan kami sedang bercinta.

"Kami berkenalan ketika saya menjadi duta Syukur Selalu pada Ramadan lalu dan dia (Anis) juga rajin menghadiri majlis-majlis anjuran TV3," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini menyifatkan wanita itu sebagai seorang memahami dan menyenangkan.

Mengakui memang suka kepada wanita yang lebih matang, Afiq juga berkata dia sobolehnya tidak mahu melalui fasa hubungan percintaan terlalu lama.

Justeru dia sedang merancang untuk memperkenalkan Anis kepada keluarganya dalam masa terdekat.

"Saya seorang yang tidak suka hubungan yang lama dan jika masing-masing bersedia dan keluarga juga mengizinkan apa salahnya teruskan sahaja.

"Lagi pula saya tidak kisah tentang jarak umur kerana saya memang suka wanita lebih tua dan matang berbanding wanita muda. Insya-Allah, selepas dia balik bercuti saya akan bawa dia bertemu keluarga saya terlebih dahulu," ujarnya.

Anis Al-Idrus kini sedang bercuti di Pulau Boracay, Filipina.
Powered by Blogger.