F Produksi Filem 'Fifty Shades of Grey' Terselamat Serangan di Nice | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Produksi Filem 'Fifty Shades of Grey' Terselamat Serangan di Nice

Ketika ini filem romantik, Fifty Shades of Grey dilaporkan sedang menjalani penggambaran sekuelnya. Baru-baru ini penggambaran telah dijalankan di Paris, Perancis.

 Produksi filem adaptasi novel terlaris dengan judul yang sama itu turut diselebungi kebimbangan ekoran serangan yang berlaku ketika sambutan Hari Bastille di Nice, pada 15 Julai lalu.

Laporan media antarabangsa menyebut, pada hari tersebut, penggambaran dilakukan di sebuah lokasi yang tidak jauh dari tempat insiden berkenaan baru saja selesai tidak beberapa lama sebelum berlaku serangan tersebut.

Bagaimanapun semua kru produksi disahkan terselamat daripada tragedi itu.

"Produksi telah memastikan semua kru yang terlibat berada dalam keadaan baik. Mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," tulis penerbit, Dana Brunetti menerusi laman Twitternya.

Beberapa babak filem itu sempat dirakamkan di kawasan berdekatan dengan tempat berlakunya tragedi tersebut. Antaranya adegan intim Dakota Johnson dan Jamie Dornan.

Sekuel filem dengan judul Fifty Shades Darker ini dijadualkan bakal ditayangkan pada Februari 2017. Manakala bahagian ketiga filem ini yang berjudul Fifty Shades Freed pula dijadualkan bakal ditayangkan pada bulan Februari 2018.
Powered by Blogger.