F Personaliti Astro Arena bakal tampil dengan imej baru | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Personaliti Astro Arena bakal tampil dengan imej baru

PERSONALITI Astro Arena bakal tampil dengan imej baru yang lebih dinamik dan segar sepanjang temasya sukan Olimpik Rio 2016 selepas mendapat tajaan daripada Kinslager Boutique & Tailor.

Difahamkan, Astro Arena dan Kinslager telah menjalin kerjasama melalui perjanjian persefahaman (MOU) tajaan pakaian rekaan korporat dan profesional buat 20 orang personaliti terlibat.

Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata, tajaan berkenaan merupakan satu perkembangan positif di mana syarikat korporat seperti Kinslager sudi memberi tajaan pakaian mereka di samping membuktikan industri penyiaran sukan juga mempunyai nilai komersial tinggi dalam dunia fesyen tempatan.

“Kami berbesar hati dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan syarikat korporat seperti Kinslager demi meningkatkan lagi imej penyiaran sukan tempatan.

“Konsep rundingan imej juga adalah penjenamaan diri yang mampu membentuk keyakinan diri di dalam penampilan dan penyampaian mereka di hadapan kamera,”katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Selain Rio 2016, Choong Khay memaklumkan bahawa penampilan dan imej kemas penyampai-penyampai ini akan turut dilihat di dalam program-program majalah TV Arena yang lain termasuk liputan temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

Sementara itu, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kinslager, Niels Strohkirch berkata, kolaborasi bersama Astro Arena telah bermula dengan tajaan pakaian buat penyampai pada temasya Sukan SEA ke-28, Singapura tahun lalu.

“Jalinan kerjasama ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan memandangkan Astro Arena adalah sebuah nama besar dalam bidang sukan negara serta memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan imej sukan dan juga personaliti sukan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sebilangan atlet terutamanya di luar negara gemar bergaya biarpun ketika sedang beraksi cergas di lapangan masing-masing dan ia kini menjadi ikutan peminat.

Katanya, perkembangan baik itu telah mendorong Kinslager untuk berkoloborasi bersama Astro Arena sekali gus memperkenalkan jenama berkenaan kepada warga sukan tanah air.
Powered by Blogger.