F Penyanyi Herman Tino Sertai Semula UMNO | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penyanyi Herman Tino Sertai Semula UMNO

Selangor akan mengemukakan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lebih awal bagi memastikan calon berkenaan benar-benar diterima dan diyakini rakyat.





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata langkah itu merupakan perincian yang dihasilkan menerusi post-mortem Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang berlangsung pada Jun lepas.

Beliau berkata strategi yang diguna pakai semasa PRK berkenaan juga akan ditambah baik untuk diguna kembali bagi menawan Selangor pada PRU14 akan datang.

"Dalam post-mortem PRK itu juga kami dah kenal pasti kelebihan dan kelemahan kami, senarai calon awal ini dibuat supaya sebarang kelemahan daripada mana-mana pihak boleh diperbetulkan dan ditambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan UMNO Selangor di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada UMNO Selangor akan mempertaruhkan lebih ramai calon muda pada PRU14 itu nanti, Noh menyatakan pihaknya menumpukan kepada penerimaan rakyat terhadap calon.

"Pada saya, umur calon bukan ukurannya kerana apa yang penting adalah sejauh mana calon itu diterima rakyat malah saya yakin dengan formula kepimpinan UMNO dalam menentukan senarai calon," katanya.

Pada mesyuarat itu, Noh, yang dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Isnin lepas, turut menerima borang permohonan penyanyi dangdut era 80-an, Herman Tino untuk menyertai semula UMNO selepas digugur keanggotaan kerana menjadi calon bebas pada PRU13.

"Saya beri sokongan penuh kepada permohonan ini dan saya harap kemasukan semula Herman Tino ke dalam UMNO akan menarik lebih ramai lagi orang menyokong parti," katanya.

Pada PRU13 lepas, Herman Tino yang mewakili calon Bebas menentang Noh bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang, namun tewas.
Powered by Blogger.