Berita Terkini
recent

Pengarah Pretty Women, Runaway Bride meninggal dunia

PENULIS dan pengarah, Garry Marshall yang terkenal dengan filem Pretty Women serta Runaway Bride dilaporkan meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Pegawai Seranta, Michelle Bega berkata, Marshall meninggal dunia pada Selasa lalu di sebuah hospital berhampiran Burbank, California akibat komplikasi pneumonia selepas diserang strok.

Marshall yang merupakan abang kepada pelakon dan pengarah, Penny Marshall sebelum ini memperoleh ijazah dalam bidang kewartawanan di Universiti Northwestern dan pernah berkhidmat di New York Daily News.

Mendiang juga memulakan karier dalam bidang hiburan sekitar tahun 1960 an dengan menjual jenaka kepada pelawak dan kemudianya beralih kepada hasil lukisan lakaran untuk program The Tonight Show" dengan Jack Paar di New York.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.