F Pengarah Filem 'Train To Busan' Bela Lakonan Sohee (Wonder Girls) | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pengarah Filem 'Train To Busan' Bela Lakonan Sohee (Wonder Girls)

AHLI kumpulan Wonder Girls, Sohee baharu sahaja menceburi bidang lakonan dalam filem berjudul Train to Busan namun, lakonan pertamanya itu menerima kritikan oleh penonton yang menganggap tidak berkualiti.

Bagaimanapun, pengarah filem itu, Yeon Sang Ho berkata, lakonan penyanyi itu tidak menjejaskan filem berkenaan.

Katanya, penonton tidak dapat menerima lakonan tersebut berikutan imej Wonder Girls yang terlalu kuat padanya.

Sohee membawakan watak pelajar sekolah menengah bersama gandingannya Jin Hee.

"Saya tidak rasa lakonannya memalukan dan bahagian mana yang dikatakan memalukan filem itu.

"Filem ini tidak bermasalah dengan lakonannya. Saya akui karekter tidak menonjol tapi dia berjaya membawakan watak itu mengikut kemampuannya," ujarnya.
Powered by Blogger.