F Pengacara TV Saran Larang Pendatang Muslim ke Australia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pengacara TV Saran Larang Pendatang Muslim ke Australia

Pengacara program Today Extra terbitan Channel Nine di Australia, Sonia Kruger, mencetuskan kontroversi seawal pagi dengan menggesa kerajaan berhenti menerima pendatang Islam.

Keadaan itu menyebabkan beliau bertegang leher dengan seorang lagi hos bersama, David Campbell.

Kruger membuatkan Campbell dan hos Lisa Wilkinson tidak selesa selepas berkata mahu melihat kedatangan umat Islam ke Australia dihentikan sekarang kerana mahu berasa lebih selamat.

Ketika ditanya dalam program Today Show sama ada beliau mahu sempadan Australia ditutup kepada umat Islam, Sonia menjawab: "Ya."

Kruger memberi reaksi kepada kolum yang ditulis pengulas konservatif, Andrew Bolt, mengenai militan yang menjadikan Perancis sebagai 'medan perang paling berdarah di Eropah' kerana 'ia membenarkan ramai umat Islam memasuki negara itu.'

"Kita bodoh jika tidak mengubah dasar imigresen untuk melindungi diri sendiri," tulis Bolt.

Kruger berkata: "Secara peribadi saya rasa Andrew Bolt betul kerana ada kaitan antara bilangan umat Islam di negara itu dan jumlah serangan pengganas."

Bekas hos siri realiti Dancing With The Stars itu menambah, beliau mempunyai ramai rakan Islam yang cintakan keamanan dan baik tetapi ada juga yang fanatik.

Katanya, di Jepun cuma ada 174 juta penduduk termasuk 100,000 umat Islam dan 'anda tidak pernah mendengar serangan pengganas di Jepun.'

"Secara peribadi saya mahu melihat kedatangan umat Islam ke Australia dihentikan kerana mahu berasa selamat seperti rakyat lain apabila keluar meraikan sambutan dan mahu melihat kebebasan bersuara," katanya.

Bagaimanapun, beliau dibantah Campbell yang berkata beliau juga mahu melihat kebebasan beragama selain kebebasan bersuara.

"Ini menyemai kebencian. Artikel seperti ini menyemai kebencian," kata Campbell.
Powered by Blogger.