F Pemuda 23 Tahun Ini Dicemburui Kerana Berjaya Tawan Hati DJ Terhangat Asia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pemuda 23 Tahun Ini Dicemburui Kerana Berjaya Tawan Hati DJ Terhangat Asia

Barangkali ramai yang kurang mengenali siapa dia Leng Yein. Namun sejak beberapa hari lalu nama wanita yang juga digelar sebagai DJ Terhangat Asia ini menjadi bualan hangat pengguna internet juga menjadi buruan kalangan media Cina tempatan ekoran tersebar beberapa gambarnya dengan aksi-aksi romantis bersama kekasihnya.

Selepas beberapa bulan menguci mulut mengenai kisah peribadinya, Leng Yein akhirnya mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan intim dengan kekasih baharunya.

Bagaimanapun Leng Yein enggan berkongsi lanjut mengenai identiti teman lelakinya itu kerana katanya dia khuatir jika popularitinya mungkin mengganggu pelajaran dan kehidupan universiti kekasihnya itu.

Namun begitu, rahsianya tidak bertahan lama apabila identiti pemuda tersebut terdedah dan apa yang lebih mencuri tumpuan kerana usia teman lelaki Leng Yein yang dikenali sebagai Peter Siew,ialah lapan tahun lebih muda daripadanya.

Peter berasal daripada Kuala Lumpur dan kini sedang menuntut dalam jurusan undang-undang di Universiti Multimedia (MMU) Melaka.

Memetik laporan The Coverage.my, Leing Yen berkata meskipun jarak usia dia dan kekasihnya jauh berbeza namun sikap lelaki itu yang cukup romantik telah berjaya menambat hatinya. Dia juga memberitahu membahasakan panggilan GG (Gym-Guy) terhadap kekasihnya.

Katanya, antara momen yang membuatkan dia tersentuh apabila GG sanggup memandu dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menjemputnya di lapangan terbang dan menghantarnya pulang ke rumahnya.

Leng Yein juga berkata dia sudah benar-benar jatuh cinta pada GG sanggup meninggalkan segala kerjanya hanya untuk menemani lelaki itu belajar.

Leng Yein cukup dikenali dalam industri DJ dan dia pernah dinobatkan sebagai DJ Terhebat Asia selama tiga tahun berturut-turut. Sebelum menceburi kerjaya bidang muzik, dia merupakan seorang model dan pernah memenangi beberapa pertandingan ratu cantik dan anugerah sebagai model untuk kereta.

Dia juga pernah dikecam teruk ekoran kontroversi gara-gara melakukan pembedahan plastik. Meskipun menerima banyak kritikan ekoran isu tersebut namun ramai wanita muda menganggapnya sebagai idola berdasar kejayaan dalam kerjayanya. Dia juga aktif dan sering diundang memberi ceramah mengenai topik-topik media sosial dan kecantikan serta berkongsi pengalaman kepada para wanita bagaimana untuk mempertahankan diri mereka sendiri.

Pada 12 Julai lalu merupakan ulang tahun kelahiran GG yang ke-23 dan sebagai simbolik nombor 23, Leng Yein sanggup menjelajah ke 23 buah negara demi membelikan sebanyak 23 hadiah yang berupa barang-barang berjenama  untuk GG.

Ramai pengikut di laman sosial mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagian pasangan ini. Tak kurang, ramai  yang mencemburui sekaligus menyifatkan GG sebagai lelaki paling bertuah. Pasangan ini juga digelar sebagai, 'The Sweetest Couple in Malaysia'.

Powered by Blogger.