F Peminat menangis Alif Satar tak muncul | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Peminat menangis Alif Satar tak muncul

Baru-baru ini Kakigosip telah terbang ke negara jiran bagi mengikuti acara 'meet and greet' antara hero drama Dia Semanis Honey, Alif Satar bersama kelab peminatnya di Singapura, yang diadakan di dewan Muslim Delights di The Grassroot Club, Singapura.



Menariknya, apa yang berlaku pada waktu itu, Alif Satar kononnya tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masalah tertentu di saat-saat akhir dan telah mengakibatkan ada peminatnya yang menangis.



Walau bagaimanapun, perkara itu hanyalah gimik semata-mata. Sebaik sahaja dikejutkan dengan kehadiran Alif, peminat mulai hilang kawalan sehinggakan ada yang naik kerusi demi untuk melihat pelakon tampan itu.



Dikesampatan itu,Kakigosipe telah menemubual Alif yang tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata kedua.

"Alhamdulillah syukur kerana diberikan rezeki di usia yang muda sebegini. Alif tak rasa bila bakal ada anak kedua ini sebagai satu perkara yang akan membuatkan kehidupan Alif lebih sibuk.

"Bagi saya itu tak menjadi masalah besar kerana saya seorang yang memang sukakan hidup bekeluarga. Jadi tidak juga merasakan ia sebagai satu perkara yang susah. Saya pandai bahagikan antara kerja dan keluarga serta bekerja keras untuk mereka.

"Pada masa yang sama, kami tidak merancang untuk menambah anak, namun ini adalah rezeki dari Allah," tambahnya yang mengakui andai dikurniakan ramai anak lebih meriah.
Powered by Blogger.