F Pembunuh upahan mengaku minum darah mangsa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pembunuh upahan mengaku minum darah mangsa

Seorang pembunuh upahan membuat pengakuan mengejut iaitu dia meminum darah mangsanya.

Laporan Dailymail mengatakan pengakuan tersebut dibuat oleh pembunuh upahan dari kumpulan sindiket (Cartel) Mexico, Juana, 28, yang juga dikenali sebagai 'La Peque'.

Juana yang kini ditahan di penjara di Baja, California mengganggotai cartel Mexico yang ganas iaitu Los Zetas.

Kata Juana, dia bermula sebagai pelacur sebelum 'dibawa masuk' ke dunia cartel.

Juana kemudian ditugaskan pengintip untuk memantau pergerakan polis dan tentera Mexico.

Dia juga mengaku menyaksikan berpuluh-puluh pembunuhan mengerikan yang dilakukan oleh Los Zetas.

Kes melibatkan Juana sedang disiasat dan dia kini menanti perbicaraan.
Powered by Blogger.