F Pembawakan anak, Nadiya Nisaa suka seni lukis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pembawakan anak, Nadiya Nisaa suka seni lukis

Kakigosip berkesempatan menemubual bintang hebat Nadiya Nisaa tentang pengalamannya sebagai seorang ibu yang sedang menunggu hari bakal melahirkan cahaya mata kedua.

Sejak mengandung Nadiya lebih banyak menghabiskan masa bersama anak pertamanya malah pembawakan anak kedua kali ini lebih kepada seni lukis dan kraftangan.

"Alhamdulillah saya bakal dikurniakan anak kedua lagi, dan saya pun memang tidak menjangkakan secepat ini, Omar pun baru sahaja lima tahun. Namun saya terima anugerah dan rezeki ini.

"Masa bersama anak pertama dulu saya agak kurang berikan perhatian sebab kekangan masa dengan kerja hiburan dan korporat, tetapi sekarang saya lebih menumpukan sepenuh perhatian kepada diri dan keluarga.  Saya juga sempat membuatkan jus dan makan untuk anak.

"Menariknya pembawakan anak kedua pula, nampaknya saya lebih kepada kesenian seperti gemar melihat suami melukis dan suka tengok kraftangan," ujarnya ketika ditemubual baru-baru ini semasa di majlis perlantikan duta kempen Bio-Oil Stretch Marks.



Sementara itu, mengenai nama anak yang difahamkan diambil bersempena dengan nama moyang mereka, buat masa ini Nadiya masih belum bersedia untuk berkongsi kerana menganggap ia sebagai hal peribadi.

"Kalau boleh fasal nama anak ini nanti dulu, ia sangat peribadi. Saya baru sahaja merancang. Jadi bergantung kepada suami dan keadaan anak itu nanti selepas bersalin, insyaAllah," ucapnya ringkas.

Sementara itu, penglibatannya dalam kempen Bio-Oil selama enam bulan pula, Nadiya turut akan dipaparkan menerusi program perkongsian pengalamannya sebagai ibu di YouTube saluran Sinar Harian TV bermula 25 Julai, 8 Ogos dan 22 Ogos.

Bercerita mengenai Bio Oil, Nadiya mengakui sebelum ini dia hanya mendengar dan melihat menerusi iklan sahaja, namun sebelum hamil anak kedua, suaminya sudah pun menghadiahkan produk tersebut.

"Pertama kali dengar menerusi iklan sahaja, akhirnya dapat juga saya rasa sebab suami yang hadiahkan kepada saya sebelum hamil anak kedua ini. Jadi, saya selalulah pakai untuk hilangkan rasa kering dan gatal di kulit saya termasuklah di perut saya ini.

"Seterusnya saya terus mengamalkannya. Mana tidaknya bila perut mula membesar saya merasa agak gatal sedikit. Dalam tempoh kehamilan ini saya guna Bio-Oil, saya dapat rasakan kulit dan warna lebih cantik dan sekata," jelasnya yang dijangka bakal melahirkan anak kedua pertengahan bulan Ogos depan.

Nadiya yang bakal menimang cahaya mata kedua itu nanti, berkata, akan menamakan anak mereka Mokhtar sempena nama moyang sebelah Nadiya.

Untuk rekod Nadiyaa dan suami, Saiful Razman Mohd Kassim berkahwin pada Julai 2009. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bermama Omar, 5 tahun.
Powered by Blogger.