F Pelakon dikecam gayakan kurta ala baju kurung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelakon dikecam gayakan kurta ala baju kurung

Gara-gara menerima kerja untuk menggayakan pakaian kurta ala baju kurung bersempena menyambut hari lebaran Aidilfitri, model dan juga pelakon Mohd Jaslin bin Puasa dikecam teruk oleh netizen.



Menurut Jaslin, dia hanya menjalankan tugasnya sebagai model, malah tindakan itu di atas kerelaan dirinya sendiri.



Dalam pada itu, lelaki berbadan sado itu juga menegaskan bahawa kurta moden itu dipadankan dengan kain pelikat kosong. Tambahnya lagi, dia tidak marah dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya namun kesal dengan pemikiran segelintir netizen yang tidak membuat kaji selidik terlebih awal mengenai pakaian berkenaan sebelum menilai.
Powered by Blogger.