F Patung Lilin Anggun di Madame Tussauds Bangkok | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Patung Lilin Anggun di Madame Tussauds Bangkok

Penyanyi bertaraf antarabangsa Anggun C Sasmi baru-baru ini telah dipilih menjadi satu-satunya wanita Indonesia yang dibuatkan patung lilin.

Patung tersebut akan diletakkan di muzium Madame Tussauds di Bangkok, Thailand.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Snow On The Sahara itu turut berkongsi tentang pengalamannya melalui proses pembuatan termasuklah sesi pengukuran dan fotografi pembuatan patung lilinnya itu.

"Sangat rumit dan teliti sekali prosesnya. Semua bahagian dari hujung rambut hingga hujung kaki diukur," kata Anggun menerusi satu temubual bersama media Indonesia, baru-baru ini.

Patung lilin tersebut akan menampilkan Anggun dengan gaya sedang duduk di kerusi juri program realiti popular, Asian's Got Talent.

"Agak lama sehingga tiga sampai empat jam. Jadi apabila ditanya saya mahu bergaya seperti apa, disebabkan penat berdiri terlalu lama, jadi saya pilih gaya duduk," tuturnya

Dalam pada itu Anggun atau nama sebenarnya Anggun Cipta Sasmi, 42, mengakui berbesar hati dan senang dengan pembuatan patung lilin yang 99 peratus miripnya. Termasuklah 'aset istimewa yang dimiliki iaitu kecantikan rambutnya.

"Saya memang tidak suka pembedahan plastik dan rambut saya jadi ciri istimewa saya yang tiada gantinya. Ciri istimewa saya itu ditonjolkan di patung lilin tersebut," jelasnya.

Replika Patung lilin Anggun C Sasmi akan mula dapat disaksikan pada September depan.

Patung lilin Anggun juga akan dipamerkan bersama barisan personaliti pesohor dunia lain yang juga dibuatkan patung lilin.

"Nanti saya mahu lihat pada 1 September di sana (Bangkok). Tidak sabar rasanya," katanya.
Powered by Blogger.