F Pasangan Zulkifli, Normala Kini Berkerusi Roda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pasangan Zulkifli, Normala Kini Berkerusi Roda

Pasangan pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 70, dan Datin Normala Omar, 58, kini berkerusi roda dan bergantung harap pada anak untuk bergerak.

Zulkifli diserang penyakit angin ahmar, Januari lalu, menyebabkannya lumpuh tangan serta kaki kiri.

Beliau juga menderita penyakit paru-paru berair dan April lalu, pelakon terbabit sekali lagi mendapat serangan jantung.

Kehidupannya semakin rumit apabila Normala pula patah kaki kiri kerana terjauh dari katil, bulan lalu. Masih memerlukan rawatan susulan, kedua-duanya kini tinggal di rumah anak perempuan mereka, Norzizi Zulkifli.

Norzizi berkata, beliau baharu saja menamatkan pengajian selama tiga tahun di Australia apabila dimaklumkan mengenai penyakit dialami bapanya.

"Kedua-duanya memerlukan anak di sisi kerana mereka langsung tidak boleh berjalan. Mereka juga masih menjalani rawatan susulan, termasuk fisioterapi.

"Jadi, walaupun bekerja, kami adik-beradik akan tetap menjaga mereka berdua. Kami juga mempunyai jadual giliran memandangkan tahap kesihatan mereka tidak menentu," kata Norzizi.
Powered by Blogger.