Berita Terkini
recent

Park Shin Hye Lakon Babak Aksi Tanpa Bantuan 'Stuntman'

AKTRES Park Shin Hye dipuji kru produksi drama Doctors kerana melakonkan adegan aksi tanpa menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri.

Shin Hye, 26, diberi gelaran sebagai 'Ratu Aksi' kerana penampilan yang memukau ketika melakonkan babak pergaduhan.

"Dia memang dikenali dengan kepintarannya dalam banyak perkara malah boleh melakonkan adegan tanpa sebarang bantuan pelakon lagak ngeri.

"Penghayatan karekter dia juga sangat bagus selain kasih sayang dan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan terhadap wataknya menunjukkan dia seorang pelakon profesional," ujar kru produksi.

Drama Doctors diterbitkan oleh stesen televisyen SBS yang kini sudah memasuki episod keempat.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.