F Paris Hilton Bakal Lancar Tiga Hotel Mewah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Paris Hilton Bakal Lancar Tiga Hotel Mewah

BINTANG realiti Paris Hilton dilaporkan bakal mengikut jejak langkah moyangnya iaitu Conrad Hilton apabila bakal melancarkan hotel mewah bawah jenamanya.

Menurut laporan Forbes, Paris memilih melancarkan hotel berkenaan di Dubai, New York dan Las Vegas yang juga lokasi kegemarannya.

Bagaimanapun Paris masih belum menetapkan tarikh pelancaran hotel berkenaan.

Dalam pada itu, ini bukan kali pertama Paris terlibat dalam bidang perniagaan kerana dia juga pernah bertindak sebagai pereka bentuk dua buah kelab di Filipina sebelum ini.

Malah rangkaian wangian yang dilancarkan Paris sebelum ini turut membawa pulangan lumayan berjumlah USD1.5 bilion.

Selain itu Paris juga mempunyai 50 buah butik di seluruh dunia yang menjual produk seperti wangian, beg tangan, jam dan kasut.
Powered by Blogger.