F Paling Mustahak Hati Baik - Rita Rudaini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Paling Mustahak Hati Baik - Rita Rudaini

Aktres jelita Rita Rudaini Mokhtar, 40, tidak menganggap statusnya sebagai wanita kelahiran negeri di sebelah utara Semenanjung negara memberi kelebihan atau perbezaan yang ketara.

Sebaliknya anak kelahiran Kangar, Perlis ini berpendapat, wanita tidak kira dari mana-mana negeri mempunyai keistimewaan tersendiri dan bergantung kepada jodoh yang telah ditentukan Tuhan.

Katanya, hati yang bersih merupakan kunci kepada wanita untuk memikat hati lelaki untuk diperisterikan dan bukan kerana negeri kelahiran semata-mata.

“Ada yang cakap wanita utara ini pandai jaga suami dan macam-macam lagi, tapi saya sebagai wanita utara tetap kena pelbagai kritikan yang bertentangan dengan kenyataan seperti itu.

“Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Cuma mungkin orang utara ini peramah dan banyak cakap. Itu yang buat kami nampak mudah mesra. Tapi apa yang paling mustahak adalah, hati yang baik,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

Rita berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan baru-baru ini mengatakan golongan lelaki di negara ini lebih cenderung untuk memilih wanita dari negeri-negeri utara Semenanjung untuk dijadikan isteri.
Powered by Blogger.