F Oh| My English musim terbaru kembali! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Oh| My English musim terbaru kembali!

Rancangan edutainment popular Malaysia, Oh My English! kembali menemui peminatnya menerusi siri terbaharu, Oh My English! After School yang bakal bersiaran 31 Julai depan di Astro TVIQ, saluran 610 dan serentak dalam definisi tinggi di Astro Maya HD, saluran 135.

Bakal membawa pembelajaran Bahasa Inggeris ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dan dalam situasi yang berbeza, Oh My English! After School kali ini menampilkan barisan pelakon popular yang akan menghiburkan peminat setia siri ini dengan dialog lucu dan keletah bersahaja mereka.

Menampilkan tiga teraju utama yang sudah tidak asing lagi di kalangan peminat setia siri tersebut, Oh My English! After School membawa penonton mengikuti cabaran dan rintangan sahabat baik, Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Jibam (Akhmal Nazri)) mengusahakan perniagaan kafe hipster mereka sendiri.

Buat julung-julung kalinya juga, pemenang Anugerah Artis Komedi Wanita Popular ABPBH 2014, Didie Alias turut tampil memegang watak Mak Yam, iaitu pesaing terdekat kafe hipster milik trio lucu ini.

Di samping itu, penampilan pelakon dan personaliti jelita Amelia Henderson selain kemunculan semula Juliana Evans menerusi watak Taylor Smith bakal memukau hati para jejaka dalam siri ini. Bukan itu sahaja, nama-nama besar seperti Nad Zainal, Kamal Adli, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, Sherry Alhadad, Zhafir Muzani, Altimet dan Fikry Ceria Popstar akan menggamatkan lagi keluarga baru Oh My English! After School. Pelakon veteran Rama (Jangan Ketawa) akan turut menjayakan siri OME tahun ini. Jangan lupa untuk menonton siri terbaru Oh My English ya!
Powered by Blogger.