F Nurul bakal lancar album di Perancis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nurul bakal lancar album di Perancis

Penyanyi yang popular dengan dendangan lagu Keliru, Nurul Wahab memberitahu pada tahun depan akan mengeluarkan album di Perancis.

Jelas penyanyi itu, album tersebut akan memuatkan sepuluh buah lagu dan satu sebuah lagu Inggeris yang mana terdapat juga lirik yang dibuat sendiri.

"Idea untuk mencuba memasarkan lagu di sana memang sudah tercetus sejak belajar bahasa Perancis lagi. Selepas itu suami, Eric Daniel Depp ada juga memperdengarkan lagu yang saya buat kepada seorang kenalan muziknya, jadi sejak itulah bermulanya perjalanan album saya di sana.

"Lagu-lagu yang dimuatkan ke dalam album berkenaan lebih menceritakan mengenai pengalaman kehidupan saya. Ketika ini sudah empat buah lagu sudah siap dan tinggal 60% lagi. Saya merancang album itu akan dikeluarkan pada tahun depan," katanya ketika ditemubual.

Meskipun belum dikenali ramai lagi di tempat orang, namun percaya di sana juga ada komuniti Melayu yang mengenali dirinya.

"Pada masa yang sama perasaan saya sekarang bercampur, teruja dan gemuruh juga. Mana tidaknya, kita sebagai artis baru di sana untuk mencuba benda baru, berlainan berbanding di Malaysia memang sudah ada peminat, namun saya juga percaya di sana ada komuniti Melayu," ujarnya teruja.

Menyentuh mengenai kehidupan sebagai seorang Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, berkata, seiring dengan karier dan bisnes sendiri, mengakui kehidupan yang agak sibuk itu menggunakan khidmat pembantu rumah ialah satu kemestian.

"Apabila sibuk dengan kerjaya dan bisnes, tambah pula ada tiga orang anak, saya akui perlukan pembantu rumah. Namun dari segi penjagaan makanan, tidurkan anak-anak dan hantar ke sekolah akan saya uruskan sendiri," tambah Nurul lagi.
Powered by Blogger.