F Nekad Cium G-Dragon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nekad Cium G-Dragon

Seorang peminat fanatik secara spontan bertindak mencium pipi anggota kumpulan Big Bang, G-Dragon, di acara bertemu peminat yang berlangsung di Hong Kong, baru-baru ini.

Pada acara tersebut, beberapa peminat bertuah dipilih naik ke pentas dan bersedia untuk memulakan sesi 'game' bersama Big Bang.

Sebelum itu, pengacara bertanya dan meminta masing-masing memperkenalkan nama kepada anggota Big Bang yang menjadi pasangan mereka dan berinteraksi secara ringkas.

Menerusi satu rakaman video, G-Dragon kelihatan seolah-olah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh pasangannya lalu dia mendekat telinganya ke arah peminat tersebut.

Tidak disangka-sangka, peminat itu terus memciumnya. Lantas susana gamat dengan sorakan peminat menunjukkan rasa cemburu mereka denganaksi peminat tersebut. Sementara G-Dragon pula kelihatan terkejut dan terduduk menahan rasa segan lalu tertawa.


Beberapa minit kemudian, dia bangun dan menunjukkan isyarat meminta agar peminat bertenang. G-Dragon memberitahu bahawa dia berasa gembira dan tidak marah dengan tindakan peminat berkenaan.

Dalam pada itu, berasa iri hati melihat ketuanya mendapat 'hadiah' istimewa itu, Seungri lantas berkata,

"Sebenarnya saya memang sudah bersedia untuk menerima ciuman daripada VIPs (gelaran peminat), tuturnya sambil tersenyum lantas disambut dengan sorakan peminat.

"Saya rasa saya sudah bersedia. Ada sesiapa yang mahu mencium saya?!, tanyanya kepada peminat

"Ok, ok...email saya, email saya nanti," guraunya.

Bagaimanapun peminat tersebut dikritik sekaligus teruk dikecam oleh sesetegah pihak malah ada yang menyifatkan peminat itu melakukan gangguan seksual terhadap idola pujaan ramai itu

Setelah menerima banyak komen negatif, peminat tersebut akhirnya meminta maaf dan berharap netizen tidak terus menghentam dan melemparkan tohmahan terhadap diri serta keluarganya.
Powered by Blogger.