Berita Terkini
recent

Neelofa Kaut Keuntungan RM1.5 juta?

Sepanjang Ramadan lalu, ramai artis mengambil peluang menjalankan perniagaan malah pelbagai acara jualan di bazar mereka sertai.

Kebanyakan rakan artis yang berniaga ini tidak kiralah dari jubah ke kurta, tudung hinggalah ke kuih raya, semuanya buat duit dan untung berpuluh ribu.

Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan menyebut, dalam kehangatan rakan artis bercerita keuntungan diperoleh daripada perniagaan mereka, paling menarik ialah pengacara dan pelakon, Neelofa atau Lofa didakwa mencatat keuntungan bersih RM1.5 juga hasil jualan tudungnya, Neelofar, sepanjang Ramadan.

Bagaimanapun jelas Lofa, pihaknya tidak pernah menyatakan jumlah keuntungan diperoleh syarikat kepada sesiapa pun kerana ia melanggar polisi syarikat. Begitupun, Lofa tidak pula mengiyakan atau menidakkan jumlah keuntungan yang seperti mana yang dikhabarkan itu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.