Berita Terkini
recent

Nassier Wahab Tolak Persembahan di Singapura Demi Isteri, Adik

Disebabkan terlalu bimbang terhadap kesihatan isteri dan adiknya, penyanyi Nassier Wahab terpaksa membatalkan sebuah persembahan di Singapura yang sepatutnya berlangsung pada minggu hadapan.

Memetik laporan mStar online, Nassier, 54, berkata, isterinya Fatimah Abd. Rauf, 53, menghadapi penyakit buah pinggang sejak setahun lalu dan adik perempuannya pula bertarung dengan kanser rahim pada tahap empat.

"Saya terpaksa tolak persembahan di Singapura minggu depan kerana bimbangkan kesihatan isteri dan adik. Penganjur agak marah juga tapi nak buat macam mana keluarga lebih penting, buat masa ini saya hanya mengambil persembahan nyanyian yang dekat-dekat sahaja supaya mudah jika berlaku sebarang kecemasan.

"Dia (isteri) perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu, manakala adik bungsu saya juga sedang bertarung dengan penyakit kanser rahim yang sudah berada pada tahap empat," ujarnya.

Tambah Nassier, dia tidak berasa ralat atau menyesal terhadap pembatalan itu kerana dia mahu memberi keutamaan kepada keluarga terlebih dahulu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.