F Nadya Syahera Tak Mahu Terlalu Melaram di Pagi Raya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nadya Syahera Tak Mahu Terlalu Melaram di Pagi Raya

Selain tidak sabar untuk menikmati juadah tradisi yang enak-enak bersama keluarga dan sanak saudara, penampilan cantik bergaya dengan busana raya antara yang menjadi kebiasaan kita semua setiap kali tibanya syawal sekaligus ianya pasti memeriahkan lagi suasana.

Bagi pelakon yang popular menerusi drama Dia Semanis Honey, Nadya Syahera, dia berkata, raya tahun ini dia tidak mahu terlalu melaram sebaliknya memilih busana raya yang simple.

"Raya tahun ini, saya rasa tak mahu melaram sangat lah. Nak biasa-biasa saja. Tapi kawan-kawan, mereka suruh saya tetap dengan imej seperti dalam drama, pakai gincu merah menyala. Tengok la macam mana nanti," tuturnya sambil tertawa.

Nadya semakin dikenali selepas berjaya membawakan watak sebagai Bella seorang gadis yang gayanya yang menggoda serta trademark berlipstik merah dalam drama yang diterajui pelakon Aliff Satar dan Siti Nordiana itu.

Pulang cuti beraya ke kampung halaman di Sungai Petani, Kedah, kata Nadya juga dia merancang mengadakan rumah terbuka sekembalinya ke Kuala Lumpur nanti.

"Saya bercuti dan balik ke kampung selama lima hari. InsyaAllah dua hari sebelum raya saya akan balik ke Sungai Petani, kata gadis berusia 23 tahun ini.

Perkembangan lain, Nadya bakal muncul menerusi Dia Semanis Honey Raya yang akan ditayangkan mulai 6 Syawal hingga 11 Syawal, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

"Kali ini Bella jadi gila dan masuk hospital sakit jiwa. Satu cabaran juga pada saya sebab saya belum pernah lagi bawakan watak sebagai orang gila ," katanya yang berkongsi serba sedikit menenai kesinambungan wataknya.
Powered by Blogger.