F Nadira Teruja Bakal Kongsi Pentas Dengan Penghibur Terkenal Malaysia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nadira Teruja Bakal Kongsi Pentas Dengan Penghibur Terkenal Malaysia

Menurut kata-kata pujangga, Dunia akan membeku tanpa cinta. Maka mengangkat predikat cinta yang sangat besar maknanya dalam kehidupan manusia dan kehidupan sejagat, konsert ini diberikan judul yang santai tetapi penuh makna~ Cinta Concert.

Buat perdana kalinya, penyanyi muda Nadira Adnan yang kini sedang mencipta nama di Malaysia dan Indonesia bakal muncul dengan konsert yang bakal mengabungkan juga nama-nama besar dalam dunia seni.

Yuna, Amy Search, Noh Salleh dan Joe Flizzow akan turut bersama-sama merealisasikan makna cinta masing-masing di Istana Budaya pada 19 dan 20 Ogos ini.

Bertempat di Panggung Sari, konsert yang dibawakan oleh Nadira Music Management ini akan bermula pada 8.30 malam. Menariknya tentang Cinta Concert ini ialah bukan sahaja daripada pemilihan lagu artis yang terlibat tetapi juga produksi konsert yang menitikberatkan soal pementasan dan rekaan yang pasti memukau mata penonton yang hadir kelak.

Sebagai informasi,Nadira Adnan telah muncul dengan album perdananya yang diberi judul ISI HATI. Lagu-lagu dari album yang diedarkan di Malaysia dan Indonesia ini akan diperdengarkan buat pertama kalinya secara langsung buat para peminat di Malaysia.

Gementar namun penuh pengharapan, Nadira Adnan yang kini berinjak ke usia 19 tahun telah melalui proses persediaan intensif untuk konsert ini sejak bulan Mei lalu. Di selang seli dengan jadual pembelajaran sebagai pelajar perubatan, Nadira menjalani kelas vokal di Indonesia.

"Saya sangat teruja namun gementar kerana ini merupakan persembahan terbesar saya buat pertama kalinya. Saya seakan tidak percaya kerana dapat membuat persembahan bersama nama-nama besar industri hiburan tempatan yang merupakan inspirasi saya.
"Saya harap semua yang terlibat serta penonton turut merasai keterujaan saya. Saya berharap usaha serta penat lelah saya akan membuahkan hasil,”ujar Nadira Adnan yang kini terkenal dengan lagu Sayang.

Menurut Joe Flizzow pula, "Saya tidak sabar untuk menghiburkan penonton dan membuat persembahan di pentas yang penuh berprestij.”

Selain itu,Noh Salleh yang kini terkenal dengan lagu Angin Kencang merasakan ini merupakan sebuah peluang yang baik untuk dirinya.

"Dapat bergandingan dengan nama-nama besar di dalam industry muzik tanah air merupakan satu kebanggan buat saya,”ujar Noh.

Manakala menurut Yuna yang sekarang sedang mengharumkan nama Malaysia di luar negara," Saya amat terharu untuk membuat persembahan di Istana Budaya bersama Amy Search, Joe Flizzow, Noh serta Nadira. Saya berharap peminat dapat turut bersama-sama datang menyaksikan konsert ini nanti.”

Konsert ini akan memperlihatkan Eddie Slam sebagai pengarah muzik dengan ditemani pemuzik-pemuzik handalan Malaysia.

Tiket-tiket untuk Konsert Cinta ini yang berharga RM100, RM175, RM250, RM300 dan RM500 akan mula dijual pada 21 Julai 2016 di www.ticketpro.com.my dan kaunter tiket Istana Budaya.
Powered by Blogger.